Tuesday, June 1, 2010

amalan semasa berpantang

Assalamualaikum..

hai semua.. macam tak de idea nak tulis apa.. Okey, oleh kerana kekeringan idea di pagi2 buta ni (walaupun semalam dah tidur hampir 11 jam, mengalahkan baby), akan ku lunaskan permintaan seorang sahabat tentang hidup di alam pantang. chewah.. di alam pantang la sangat tu.. ni berdasarkan pengalamanku yang baru beranak sulung & seorang pulak tu.. orang lain tak tahu la cara mereka bagaimana. mungkin terlalu strict dan mungkin juga tidak terlalu mengikut tradisi berpantang ni.

pada awal2 kelahiran, aku berpantang di rumah mertua selama 9 hari. Rumah mertua lagi dekat berbanding dengan rumah di johor. lagi pun, kena settlekan hal anak, surat beranak anak, my kid, senang sikit la kalau berurusan di KL ni. Lagi pun, ada makcik urut yang senang dicari & mak mertua aku leh tolong tengok2kan kami berdua sebab dia tak kerja.

Actually, berpantang ni ikut orang juga, ikut negeri juga :-) kedua2 mak aku ni memang simple dari segi pemakanan. kalau mak mertua, semua boleh makan kecuali yang diketahui angin2 tu tak boleh la. Dari segi pergerakan memang kena kawal sangat. tak leh jalan laju2, kena pakai stokin sentiasa, baju sejuk sepanjang masa - di tengahari buta. huhu. tapi yang baju sejuk tu aku tak buat sangat, panas wooo..

Ok, dari segi pemakanan pulak, mak mertua kasi makan ikan, ayam & daging. sayur-sayuran mesti ada.. ni semua masak sup-sup, letak lada hitam, kunyit2 skit, halia mesti ada.. hmm, tetiba rasa lapar :-) makan tu 4 kali sehari, pagi, tengahari, petang & malam. bangun pagi mesti makan nasi, kena bangun awal, kalau tak perut kosong = angin masuk. Syoknye tengah berpantang ni, bagaikan seorang puteri layanan nya. tak payah angkat pinggan, makan kat area2 katil kita, ada air basuh tangan..huhu.. mandi pun ada air daun-daun wangi tu.. tu la masa nak balik johor tu rasa macam, sedihnya, tak terbalas jasa & baik budi mak pada ku. Macam kesiannya menyusahkan diaorang. Biasala orang tua, terlalu mengambil berat sampaikan kita ni rasa ambil berat tu macam bingit juga la. tapi untuk kebaikan diri sendiri.

Lepas dah 9 hari tu, balik johor plak.. mama aku ni lagi senang. tapi cerewet juga bab bertungku. dia memang bising kalau aku tak bertungku. buat habis gas je panaskan besi tungku tu, pastu aku bangun lambat, tungku tu pun dah sejuk. aku ni plak, lebih pentingkan nak barut2 perut aku ni.hehe, kata nak ramping.. Owh, lupa. kat umah mak mertua, tak de diamalkan tungku.. Mama masakkan aku ikan panggang tabur ngan lada hitam. kering jek menu dia. sayur mesti ada. Buahan2 juga..

oleh kerana aku tak blh membuang dah seminggu, mama belikan aku sunkist, banyak gile aku makan sampai aqil pun berak2.. Actually, bukan tak nak buang, tapi takut.. ko bayangkan la kang teran2 kang terkoyak ke apa ke..hehe.. pemikiran kuno skit la time tu. ups, kita boleh minta pil untuk kasi buang, tapi tak leh amalkan selalu, takut usus terbiasa dengan pil dan tak nak kuar sendiri plak.

Pastu, bila dah banyak hari, macam terliur plak tengok asam pedas, sotong masak kicap tu kan.. nak la rasa juga. mama kata ikut suka hati ler.. aku pun makan.. eii.. tak sampai berapa hari kan, aku rasa kat bawah tu merenyam2 gatal kat tempat jahit tu.. huhu.. Sebenarnya, kita boleh makan apa sahaja kalau kita dah biasa dengan makanan tu. Ada orang makan ok, ada orang makan tak ok.. kalau ada orang kata, mak dia tak kasi minum air banyak2 la, mak2 aku ni okey bab ni. tak de penderaan perasaan time aku pantang ni. hihi.. owhh.. ais jangan minum ye, minum air suam jek..

Okey, apa lagi ek.. tu jela. time berpantang ni kena jaga perasaan, jangan sedih2 nanti meroyan..huhu. banyakkan minum air, kena breastfeed baby sebaiknya. Badan tu nak pakai lama, kang alignment lari, ada yang berputih mata pulak.. Time pantang ni, tak payah nak sibuk-sibukkan diri nak kurus, nak kurus, sampai kawal makan sume. lemak2 9 bulan tu boleh ke dihapuskan dalam masa 40 hari tu?? Bagilah masa sikit untuk mendapatkan balik berat seperti yang sediakala. Okey, dah panjang berjela ni. semoga mendapat manfaat dari penulisan ku ini.. wassalam..


p/s 1: korang nanti letak ubat kuning kat luka jahit tu, jangan sapu ubat gamat, ubat gamat tu memang cepat kering, tapi diluaran sahaja, dalam tak kering lagi tau, bahaya. lagi satu, dia akan menyebabkan jahitan tu jadi warna hitam.

p/s 2: dah bagitahu bos nak gi induksi, ok jek dia tapi kena siapkan keje sebelum pegi, sebelum naik bas kena datang opis.. huhu..



7 comments:

Farah said...

tq ibu aqil :p pnduan berguna utk ade org yg bakal bersalin tu hi3x

& 1 lg, untungnye sue, dr cte sue tu mak mertua nyer mcm jg sue mcm ank sndri gak :) bagus3x

Suliana said...

kak is,
haah.. cuma menantu ni aje kadang2 yang macam byk songeh, rungut sana sini (dalam hati le).. hehe..

ejaMaria said...

ubat gamat tu bole, tapi guna yang jenis gel... lagi satu minum jeli gamat pun ok gak... membantu mempercepatkan penyembuhan luka, akak... alhamdulillah, biasanya lepas seminggu luka jahitan mmg dah tak rasa... tak la takut sangat nak buang air besar :)
lagi satu skrg ni biasanya hospital ade bekal ubat (mcm air gula - manis) utk lawas buang air... minum je utk seminggu yg pertama tu... insyaAllah ok...

Mak Su said...

saya berpantang sendirian berhad, cap yatim piatu :(

Suliana said...

kak maria,
nnti anak kedua leh try ..hehe.. oo ada ke air gula tu?? ok, akan dicuba nnti. tq for addition of info

mak su,
semestinya mak su seorang yang cekal. :-)

ARNA said...

Kak su, buatla entri amalan semasa mengandung pulak :)

Suliana said...

nana,
rasanya macam dah pernah cerita kat label pregnancy tu :-) tapi, nnti akak selit2 juga la skit2.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails