Monday, June 7, 2010

aku tercekik tulang!!!

Assalamualaikum...

Dah pukul 12 malam okey.. Aku tak leh tido sebab struggle nak mengeluarkan tulang ikan..huhu.. sangat tensen apabila pura-pura kita nak lupakan tulang yang terselit di dinding tekak, tetiba dia bagai menggigit lapisan tekak ku ni.. suluh punya suluh ngan torch light, gila nampak terpacak kat tekak aku ni..

Ni penangan ikan terubuk.. aku suka makan ikan ni, tapi malam ni ikan ni nak bermusuhan ngan aku. so, aku banned ko ye terubuk sampai la hati aku terbuka nak makan ko.. huhu.. dah la ada sekerat lagi, sape nak makan tu.. lelong lelong!! laki aku memang tak makan ikan tulang bnyak ni..

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjalankan tulang ikan ni masuk ke perut. Antaranya, makan nasi kepal, tak jalan. jolok2 ngan jari, tak pandai pulak.. pura2 tido dengan harapan dia akan hilang begitu sahaja.. semua ni tak jalan!! last2, aku suh laki aku tengokkan, rupanya 3 tulang terpacak tau. dengan nekadnye, aku masukkan ibu jari & jari telunjuk dalam tekak aku ni. nak terkoyak mulut comel aku ni..huhu. nasib baik keluar!! patutla 3, tulang tu bercabang tiga...alhamdulillah.. leh tido dah..

Antara aksi bahaya & nekad ialah memasukkan pengepit uban ke dalam tekak.. haha.. aku yang punya idea, aku sendiri yang ngeri. aku ni tak suka dijolok2..huhuhu.. tak jalan.. korang jangan amik idea ngeri ni.. kang kalau tertelan pengepit uban merangkap pengepit bulu ketiak tu, aku tak jamin.. hahaha..

ok, dah.. tido ler.. apa pun tarak hari ni. kain aku terbengkalai, susu pun tak pam, baju tak gosok (esok le gosok), beg aqil lum kemas, beg ibu - hampeh tak kemas.. keje opis - esok je la buat..babai!!


4 comments:

rihana said...

aduss... lagak ngeri hee

ejaMaria said...

huhuhu... sbb tu la akak tak gemar kat terubuk... sakit nye menghilangkan rasa sedap dier...

Suliana said...

kak maria,
yelah.. baik2 ada selera, terus terputus..hehe

ARNA said...

Hahahaha
tula akak makan gelojoh sangat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails