Thursday, May 27, 2010

sebelum balik kampung..

Assalamualaikum.

Hai korang.. tengah buat apa tu?? aku baru je siap2 basuh kain, tengah spin skrg ni.. prepare nak balik kampung esok..hihi .. rasa macam nak balik raya pulak. Tadi dah settle lipat kain, satu trip kain dah siap disidai.. walaupun ngantuk, aku gagahkan juga sebab aku tahu nnti lepas balik kluang tu, baju satu beg juga la kena basuh, takkan nak berlonggok2 tak basuh kan.. aku juga yang mogok tak lipat kain dua minggu..hehe
tadi, punya la aku nak kurangkan trip kain aku tu, sume baju aku campur. pastu, macam berat je mesin tu nak pusing. terpaksa la kuar kan balik kain2 yang memberatkan tu.. kena juga tambah lagi satu trip. esok pagi jela sambung balik. ni yang tetiba macam nak beli mesin basuh lagi besar ni. yang sekarang ni 7kg aje. tapi, aku pernah try masukkan comforter dalam tu, berat juga nak gerak tapi asalkan boleh basuh, oklah tu.. jimat duit aku dari kena hantar dobi. Ibu-ibu ni, tak de cerita lain ke nak ke story.. macam ni la jadi ibu2 kan.. kerja rumah tak habis2.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya :-)

Aku pasti kalau hari weken or cuti, blogger2 ni  seperti membekukan sebentar blog mereka. aku dulu pun macam tu gak, yela, tak de pc kat umah, tunggu kat opis jela baru leh update. skrg, tidak lagi.. aku cuba la untuk update barang 1 entry supaya kawan2 blogger tidak melupakan ku ..hehe.. makin lama aku tengok kat akaun nuffnang, analitik statistic aku makin naik. alhamdulillah.. kena kerapkan lagi menulis ni.. kena rajin2 menyinggah2 ni & drop komen.. 

Okeyla.. macam dah ngantuk.. tapi nak kena pam susu dulu untuk buat stock.. selamat bercuti kawan2.. hati2 di jalan raya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails