Friday, May 14, 2010

satu hari di klinik gigi!!




Assalamualaikum & hi to all!!

Time cuti ni, malam baru leh update. sebab siang sibuk ngan aktiviti.. Ok, cerita hari ni, kami berkampung kat klinik gigi la.. memang plan nak gi serah diri ke klinik gigi tu.. ingatkan nak hantar aqil ke nursery, tapi macam kesian la plak sebab semalam dah kena tinggal kan.. so, bawa juga la ke klinik tu.. silap la.. sebab nya, kat klinik tu ada bilik banyak, so, kami kena panggil serentak. terpaksa la aku surrender kasi husband cek dulu sebab aqil tak de orang jaga. tu yang sehari suntuk kat klinik..

Aii.. dah 2 tahun tak gi klinik gigi tau.. dulu pegi sebab saje2 nak cek, before pregnant la kan.. masa tu gigi kena tampal & scaling. Pastu, in between 2 years ni, gigi ada la sakit sikit2 la, so tahan je la dulu sampai la ke hari ni.. actually tak sakit pun, tapi dengan kesedaran dalam diri ni, pegi juga la.. kami memilih klinik zalinda kat taman permata.. dengar cite, doktornya baik, tak mahal sangat macam klinik lagi satu tu..

Haaiiii.. cuak nye lepas hasben aku kuar dari bilik tu.. patut la lama.. siap kena bedah lagi gigi dia. kami berdua ni pergi klinik sebab tampalan lama dah terbuka, tapi tak sakit lagi.. aku dah mula cuak ni. sambung plak lepas lunch masuk balik klinik tu turn aku plak. siap baca selawat nabi lagi & doa la ilaha illa anta subhana ka inni kuntu minzzolimi, macam time nak bersalin la plak.. ok, turn aku plak. doktor cek punya cek, haa... banyak gila gigi aku hampir nak berlubang.. ada 4 lubang & 6 baru nak jadi lubang. tapi, sebelum tu doktor siap cakap la, tampal sebatang rm 50, kalau buat rawatan pencegahan gigi berlubang rm 50, scaling rm 70.. lebih kurang macam tu la harganya.. korang kira sendiri la berapa rm aku dah swipe. nasib baik blh guna kad kredit.. hehe.. leh kumpul point..kuikuikui..

Kiranya kos aku dan hasben buat rawatan gigi ni macam pergi bercuti ke pulau2 la ye.. 3 hari 2 malam gitu..haha..  aku kena rm700, hasben aku rm440.. haa.. amik ko..kos cover untuk 2 tahun lepas.. yela, aku kan BF, lagi banyak la kalsium aku hilang.. kenapa aku tak pergi klinik gomen je?? hmm..kalau gi gomen, ntah zaman bila plak appointment aku.. tak pela, aku redha je la, tak menyesal pun sebab gigi kami dah ok  :-) tapi, dalam hati aku "aargggh. mahal gile weii.. nak baiki gigi pun macam ni regenya"

So, pas ni, 2 kali setahun ye kawan2 pegi la ke klinik gigi supaya kosnya tidak seperti di atas..huhu.. aku kena inject gak tadi, sebab tak tahan ngilu..korang kalau nak gi, better injet juga la..terangkat2 kaki aku time dia drill tu..huhu.. tapi aku dah lega dah, lepas dah nerves tu.. actually, yang rawatan pencegahan lubang tu, dia just korek sikit2 alur geraham yang ada unsur nak berlubang tu, then sapu bahan kimia kat situ. tu boleh tunggu buat hari lain, tapi aku ni macam malas plak nak gi banyak kali klinik tu. aku buat sekali gus aje la.. kang kalau pegi lagi sekali, lubang lain plak yang doktor jumpa..

Ok, jom tengok apa yang aqil buat sepanjang di klinik gigi..mula2 ok, lama2 k.o.. boring tunggu ayah dia lama sangat, hampir 2 jam lebih.huhu..

wahh.. banyaknye buku doktor ni!!

amik satu baca..bagus anak ibu!!

buku yang menarik. tengok label belakang, doc
 beli kat SABA ISLAMIC MEDIA. ibu want to grab it one :-)

bosan la ibu!! apa lama sangat ayah ni..

main pulak.. macam2 ada kat klinik ni.. best la ibu :-)

Moral of the story, ikutlah saranan KKM untuk cek gigi 2 kali setahun kalau tak de apa-apa sakit.. tapi, kalau sebut je klinik gigi tu, boleh ketar lutut ni.. kenapa ek.. aku pun heran.. mesti sebab bunyi mesin dia yang mengilukan tu kan.. menakutkan.. tapi, tak pe la..sakit kejap je.. jangan merana di kemudian hari sudah actually, doktor pun bukan suka2 nak cabut gigi kita, melainkan tak boleh diselamatkan macam laki aku punya geraham. selagi boleh tampal, dia akan tampal.. sebab satu gigi tu amat berharga buat kita semua.. ok then, bye!!!

 p/s: hasben aku suh aku pakai braces, macam ok je, nanti cantik je gigi aku ni, tapi macam sayang plak nak buang 4 batang gigi. kos rm5,000. rm2,500 one shot and balance leh installment until finish treatment. tak nak la.. takott!!

7 comments:

Sharinginfoz said...

alamak sebut pasal klinik gigi ni rasa macam.. hmmmmm tak nak....

Apa Anda Rasa Bila Tulis Blog?

Mama Farra dan Faris said...

ngeee..........

mahalnyer harga gigi kite...

syirakhalid said...

hi akak!
kenal kita tak?
i follow you ;p

Suliana said...

syira,
haa..tgk blog baru tahu sape:-) ok, tq..

Anonymous said...

dok payoh laaa...kalu zaman sek paka ok la jugok..x paka pun comey doh *kakma*

ARNA said...

x yahla pkai braces akak. akak dh cantik dah. dh tua ni seksa nk pkai braces. nk menjaganya pun susah

Suliana said...

ye ke i dah cantik..kikiki.. tu la, dah banyak kali cakap kat dia yg i ni kategori tu, dia tak caya..huahuahua..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails