Thursday, May 20, 2010

Langkah menyusukan bayi di awal kelahirannya.. part 2

ok, sambung plak part 2...:-) rajinnya aku ni, mentang2 ehem2 tu cuti.. ee.. nape comment aku tak leh baca, tetiba je hilang..pastu, dah tak tahu sape komen..huhu

Dalam masa beberapa hari berpantang, aqil kena demam kuning. baby boy senang dapat kuning & kalau tak silap aku, adik beradik aku memang kena kuning manjang kalau lahir.. Lepas 10 hari rasanya, baru kuning dia beransur sembuh. Dalam masa ni, aku rasa belum start lagi makan jamu SENDAYU TINGGI tu.. aku makan pun lepas 15 hari.. nak dijadikan cerita, yela, anak dah kena demam kuningkan, kita pun tak tahu nak buat apa, dah jemur kat panas pun macam tak kurang kuning dia, kasi la minum susu kambing sikit..  

orang kata susu kambing dapat mengurangkan demam kuning. may be yes maybe not, tapi aqil turun sikit la kuning dia beberapa hari lepas tu. Sebabnya, kita tak tahu sejauh mana tahap kebersihan susu kambing tu, takut la kambing tu ada bakteria ke, ada penyakit ke.. tapi, alhamdulillah, aqil ok. actually, aku kurang setuju time ni, tapi tak pela, dengar je la cakap orang tua. sebab apa yang aku baca, jika anak terkena demam kuning, bagi susu ibu banyak2, jangan kasi dia tido lama2.. ibu pun jangan makan jamu lagi, panas.

okey lagi satu, tak perlu kasi air masak kat anak jika dia memang minum susu ibu sahaja. sebab kandungan dalam susu ibu tu 60% adalah air.. air masak tu akan menghakis lapisan yang baik dalam perut anak tu, lagipun, belum tahu air masak tu bersih kan.. tapi, aku pun bab ni failed, tak mendapat sokongan orang tua..huhu. sian gak aku tengok aqil minum air masak. air masak tu laju tau, aqil selalu tercekik minum air masak.. bukan tak nak ajar minum air, tapi belum sampai masa dia minum lagi..

Time pantang juga, aku nak try la pam Pureen yang aku beli tu kan. konon beli pureen nak test, nak tengok aku ni ada susu ke tak.. tak payah test2, beli je yang elok terus, sebab pam yang baik juga mempengaruhi pengeluaran susu. yela, kalau pakai pam yang sakit, tentula akan bagi kesan negatif pada si ibu. aku tak kata pureen tak elok, tapi bergantung pada kesesuaian si ibu la.

so, test pam... pam punya pam, apasal sikit je ni, pam rosak ke apa ni.. masa ni dah macam "oo.. aku tak de susu".. negatif nye kepala otak.. actually, masa mula2 lahir, susu memang tak banyak la.. korang jangan risau. sebab nye perut si anak tu, masih kecil lagi, sebesar genggaman tanganya. so, tak payah nak expect susu tu memancut2 keluar.. kang kalau dah banyak, nenen tu bengkak plak, tak de sape nak minum.. kalau nak tahu bayi kenyang ke tak, tengok lampin dia, kalau salin 5-6 kali sehari, tu kiranya okla tu.. kalau poo poo dia warna kuning & lembut, tu kira dah ok.. bayi anda kenyang..

Lagi nak cite apa ek.. banyak lagi nak cite, tapi nanti2la.. selamat mencuba!!

5 comments:

ejaMaria said...

eh... kak Maria pun kena gak - komen hilang... camne tuh?

mamamuazsayang said...

saya sgt stuju tang bila baby kuning tu memang kena bagi susu ibu byk2..tapi biasa la org tua kan..klu x ikut nanti katanya dia makan garam dulu..hehe..psl air masak tu, my MIL diam2 kat dapur bagi air masak kat muaz..kita punya lah nk target exclusive..hihihi. if i'm not mistaken kdgn air saja dlm susu ibu 88%..dh cukup sbenarnya. x yah bagi air..

Suliana said...

kak maria,
dah ok kot.. sume dah kuar balik komen tu..

Suliana said...

mamamuaz,
tu la, kang kalau membantah, kecik hati plak..ye ke 88% ?? hehe.. thnx for the correction..

Sharinginfoz said...

bagus ni tips kepada yang tengah menyusukan ataupun bapak2 bolehlah inform isteri2

Apasal Tak Nak Beli Brg Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails