Thursday, May 20, 2010

Langkah menyusukan bayi di awal kelahirannya.. part 1

Assalamualaikum!! selaamt pagi semua..

Aku ngantuk la pagi2 ni.. semalam tido lewat sebab main FB..huhu.. bukan main apa pun, tengok2 je kawan2 dalam tu, tengok pic diorang.. time aqil tido la aku boleh buat benda2 macam ni, kalau tak, dengan dia sekali nak tekan2 laptop tu.. sangat menaikkan darah..

Ok, oleh kerana aku tak leh tido semalam sebab dah terlebih masa tido, aku sempat la fikir, nak cerita apa dalam blog hari ni.. hmm.. tiba2 *ting* tercetus idea untuk tulis pengalaman kali pertama menyusukan bayi. tengok kat poll aku tu dah 50% orang suh cite pasal BF je, jadi aku selit sikit2 la kat sini.. kita selang seli ok..

Ni untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak sulung. sebagai panduan dan persediaan selepas dah beranak melalui pengalaman peribadi aku. just nak share ngan korang la yek.. Okey, selepas kita dah bersalin tu, masih lagi dalam labour room,  bila nurse dah bersih2kan bayi tu kan, dalam tak sampai sejam dia akan kata, nah, susukan anak ni, (kalau hospital gomenla. kalau hospital swasta, kita kena cakap saya nak cuba susukan dengan susu badan, no formula).. Masa tu, aku agak terkial2 lagi nak pegang bayi.. Mula2 sekali, untuk first latching, korang kena picit2 dulu nipple tu untuk ransang pengeluaran susu. Time aku tu, aku picit2, aku cakap ngan nurse tu, tak de pun susu.. masa tu, kat nenen tu macam dah ada putih2 tu, tapi aku tak sure tu susu ke benang baju..hehe..

Lepas tu, dekatkan bayi ke dada. Time ni, anak ni nak tido je kejenye. yela, baru kuar dari perut, masih terbawa-bawa kot keadaan dalam perut tu. Ok, bila dah dekatkan ke dada tu, mulut budak ni buka, tapi dia duk diam je.. tak pandai latching lagi.. aku pun macam buat dek je la, sampai la aku kuar dari labor room menuju ke wad. petang tu, akak ipar datang melawat. dia yang ajar aku. korang kena gosok2 sikit pipi dia kalau dia tido masa nak menyusu tu (posisi lekapan). masa tu, bila dia hisap je, korang akan rasa korang nye rahim tu nyut nyut nyut.. sebab tu la penyusuan susu ibu ni bagus untuk pengecutan rahim & pelansingan badan. haa.. tengok badan aku ni, sampai dah ke tahap kering dah sebab BF..huhu..

Ok, bila dah sampai rumah, kena cari tempat yang selesa untuk menyusukan bayi. macam aku, aku lebih suka duduk atas kerusi sofa & ada bantal untuk lapik bayi tu. supaya tinggi sikit masa nak menyusu. cara pegang pun nak kena betul supaya tangan kita tak de la lenguh je masa menyusu tu. tangan lurus mengampu badan bayi, bukan kepala sahaja..

Pengalaman aku pertama kali menyusukan anak, memang agak mengilukan sebab nenen aku ni dah luka2 dan terus menjadi kuping.. huhu.. sakit tau masa ni. bila time anak nak susu je, rasa ngeri nye. tapi, dalam masa seminggu, bila kuping2 tu dah hilang, tak de masalah lagi. luka2 tu terjadi bila latching tak betul. mulut dia kena buka luas dan aerola tu kena masuk penuh dalam mulut dia. kes aqil, dia suka hisap hujung2 je.. tu yang perit tu.. masa ni kekok lagi nak menyusu sambil baring, tak reti.. okey, faham semua?? hehe..

eh.. tiba2 rasa panjang pulak karangan aku ni.. nanti kita sambung part 2 jika mendapat sambutan.. boleh ke?? bye!!

8 comments:

ejaMaria said...

tutor yg bagus... nak tambah sket psl nipple tu, nurse ajar akak masa dah masuk 32 minggu tu, nipple kena bersihkan... biasanye ade keruping2 yg menyebabkan liang2 susu tersumbat, jadi ibu2 kena bersihkan tiap2 hari masa mandi... base pengalaman mmg keruping2 tu amik masa nak bersih betul... insyaAllah by the day baby dah keluar, susu takde masaalah sumbat tak bole nak keluar...

angah said...

best3x topic :p mmg berguna utk bakal mummy cam akk ni haaa..

su... nk request bleh?? hu3x part 2 nnt cte la pemakanan mase pantang yg bleh mngalakkan pengeluaran susu ek.. hi3x maklum la mase pantang kan de org2 tua kite x bg bnyak minum air masak la katenye nnt urat kembang la.. btul ke?? jgn lmbt2 sngat nk kua part 2 tao, kang terberanak plak akk x sompek nk baco n3 tu he3x (melampao plak kn, dh la request, siap warning plak ni ha hi3x)

oh yek, tq dh jadik ahli kt online shop akk, nnt akk emel no ahli yek utk dpt behefit... tq su.. mmmmuahhhhhhhsss..

Jom soping Cloth Diaper - http://luvlyclothdiaper.blogspot.com

Ilhamny.com said...

good info..mmm, rindu rasanya nak susukan anak..linda nak cari ubat peransang susu lah, nak bg ilham susu balik..nak pam2, bg dkt dia..dulu dah brenti..

Suliana said...

ada masalah membuka comment moderation la hari ni. komen ada, tapi bila klik, hilang plak, lantas, tak dapat nak baca komen seterusnye. mungkin jap lagi ada balik kot.

ARNA said...

Wah takutnya pengalaman pertama huhu.... nipple keruping? cam salin kulit tu ke? sakit ek kalu baby isap? wuuuuaaaaaaaa. takutnya

Suliana said...

kak maria..

haah la, lupa nak pesan. byk sgt idea. bagus la kak maria tambah :-)


kak is,
insya-Allah.. part 3 nanti la, sebab komen ni petang baru leh kuar.jammed kot tadi..hehe.. nanti su buat okeh:-)

linda,
ilham dah umur bape?? kasi adik je la kat dia..hehe..

nana,
ala.. macam kudis la kat nenen tu.. kira macam nak salin kulit tu la.. ala, tak yah takut, kejap je sakit tu, ada orang ok je kalau latching betul2..hehe

Norehan Setapa said...

blogwalking ke sini..nice sharing..memang betul bila bayi hisap dengan cara yang betul, memang terasa sakit dekat rahim tu kan

http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

Atiqah Aziz said...

kekeke..sy pun ms anak 1st dulu igt benang baju ke daki ke yg ada dekqt nipple ms preggylah..mula2 mmg kekok menyusu sambil baring..tp nnti bila dh pro..itulah teknik menyusu paling heaven..sambil menyusu..boleh rehat,relax sekejap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails