Tuesday, May 25, 2010

ilmu yang ada kita kongsi bersama:-)

Assalamualaikum..

Seharian ku tak update blog ye.. macam tak de mood jek.. Actually aku ada keja sikit, tu yang busy giler tu. antara kerja2 biasa ku adalah, (itu pun nak cakap..hehe) BUAT SLIDE yang tidak berkesudahan, sekarang dah siap, tapi selagi diorang tak gi meeting, selagi tu lah aku hidup dalam ketakutan..hehe.

Lagi, menjadi kaunselor susu ibu sendiri tauliah..chewah.. malu jugak aku bila ada orang datang tnya2 aku pasal macamana nak pam, pam apa pakai, camana nak simpan susu.. yela, walaupun aku ni bukan la terer sangat, tapi ilmu yang ada tu kita share lah kan. sama2 ada pengetahuan tentang benda yang baik apa salah nya.. tapi, aku takut la pulak orang kata aku macam poyo jek, macam aku sorang jek yang tahu pasal ni..

owh, jangan salah anggap ye kawan2. kadang2 tu, ada orang sempat baca website berkaitan apa yang dia nak tahu, ada orang tak sempat baca lalu membaca hanya di blog aku. so, dari situ la aku transferkan ilmu yang tak berapa penuh di dada. Secara jujurnya, aku suka untuk memberi apa yang aku tahu pada orang betul2 berminat nak tahu. kadang tu macam aku yang bersemangat lebih nak beri tunjur ajar.. hehe..

Apa yang aku tahu adalah hasil dari pembacaan dan pertanyaan pada kaunselor2 susu ibu yang lain. Aku memang suka baca-baca ni, sampaikan majalah yang aku beli, belum sempat nak baca. Yang aku sempat nak baca di web site jelah..hehe.. jadikan membaca amalan kita. eh, tapi kalau korang rasa macam tak betul je apa aku tulis ni, korang abaikan je lah..

Oww.. induksi aku bulan 6 ni memang confirm. sedikit menggelabah ye sebab target tak cecah lagi ni.. memang tak sampai kot target tu. huhu.. Akan kuusahakan dengan cara lain. Menurut kata salah seorang kaunselor laktasi tu, selain dari susu formula, untuk membuuatkan aqil kenyang, kena kasi makan nasi & makanan yang berkhasiat seperti buah, sayur, roti dan lain-lain. so, aqil tak de la bergantung sangat dengan susu tu. boleh juga kasi fresh milk. Vitagen aku dah pernah kasi, tapi aqil berak2 satu hari.. ha.. lupa pulak nak beli aqil susu segar tadi..hmm..balik nanti nak kena beli juga ni.. harap aqil tak de masalah minum susu selain susu ibu!!!

bye!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails