Friday, May 21, 2010

funland yang fun:-)

Assalamualaikum!!

Selamat pagi semua.. pagi ni aku mengantuk lagi ler, terlebih tido kot. semalam tertido awal, banyak la kerja rumah aku tergendala..

Ish lupa la nak cakap, aqil dah cecah 1 tahun 4 bulan semalam. setiap 20 hb adalah hari jadi aqil..hehe.. dah besar dah anak ibu ni.. lately, dia payah sikit nak tido malam. puas aku pujuk dia tido kul 9 tu, mata dia masih segar nak ajak main-main.. ada satu hari tu, agaknye dah terlajak waktu, kul 12 pun  belum tido lagi.

masih mahu bermain-main dalam gelap tu.. tapi duk atas katil la, selak-selak langsir. kalau ada ayah dia yang dah tido, akan disepak-sepak ayah nye..hehe.. kadang-kadang tu, aku tak sedar pun sape yang tido dulu, aku ke dia.. tahu-tahu je dah selamat dah sampai ke pagi.

Malam kelmarin, kitorang gi tesco ampang, nak beli pampers aqil ( aqil pakai CD weken aje, tak cukup lagi CD dia untuk fully wearing). bawala dia main kat funland tu. first time masuk situ, bayar rm3. okeyla..aqil enjoy kat situ sampai tak nak balik. tapi kena tengok juga la budak kecik ni main, sebab bahaya.. badan dia tak seimbang lagi.. kang jatuh tergolek, mak dia ni ha yang menangis tak berlagu.. jom tengok gambar aqil yang susahnya nak pose..:-)

yang ni ok, tak bahaya sangat..

yang ni pun ok, macam tak sesuai je utk aqil..hehe

sampai sini, dah mula ikut dia dah..

yang ni pun dia dah takut2, sebab bridge tu curam..
ibu nak selamatkan pun, pegang2 dari tepi jek..

memanjat je keje nye..

Okeyla, tu saje catatan untuk hari ni.. tetiba si dia ada pulok!! kata cuti, hampeh tul.. kena penuhkan meja dengan kertas ni..hehe.. baru nampak tersangat busy okeh.. kalau tak, ada je dia nak kasi & kasi & kasi lagi keje menimbun.. untuk kak is, nanti kita update request akak tu yek.. kalau tengah berpantang pun, leh tengok blog ni, ibu moden sekarang ni berpantang depan laptop..hehe..

11 comments:

syirakhalid said...

si dia?? mcm tau2 je sape ;p hehehe
ok. jgn risau.rahsia :D

Suliana said...

ira,
sshhhh................ :-)

ARNA said...

Bagus, anak akak aktif bermain maknanya sihat dan cergas :)

ejaMaria said...

ibu moden yek... hehehe... pantang jgn tak pantang... body nak pakai lama yang...

Nur Hasyimah Mahasan said...

irsyad cam camtu gak..bila dh besar memng susah nk tido awal..biar je..penat tdo la tu

Ilhamny.com said...

lari topik..sue nyusukan aqil dan mkn prancang kan..??mkn perancang apa ek..??perancang pe yg sesuai tuk org yg BF..

Suliana said...

linda,
makan noriday.28 bji, kalau period, still kena makan juga. klu ikut LPPKN, yg sesuai utk ibu yg BF pil noriday, injection 3 bulan sekali tu, implan, & iucd.. kalau tak silap la, sebab dia kata pil2 lain leh keringkan susu..

Ilhamny.com said...

ooo,ok..tenks..kena g LPPKN gak larr tanya..

kmieja said...

hehehheheh busy busy yer.....kiss utk aqil yg handsome tu :):)

ravishingpeacock said...

da bsar nt aqil 2 cm ade potensi jd hot stuff u..handsome ;)

Suliana said...

ravishingpeacock

hehe.. tq, biarla seiring dengan perangai yg baik:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails