Thursday, May 27, 2010

CD terbaru aqil

Assalamualaikum..

Salam hari khamis :-) hari ni rasa happy sangat sebab esok cuti!! tambahan lagi, si dia telah pergi berkursus. Lega sikit la, nak buat keje pun aman saje:-) okey, masih lagi dalam mood gembira. Semalam CD yang aku order telah selamat sampai ke tangan ku.. First time ada CD yang bercorak2 ni, cantik juga. dan first time juga try pakai snap button. Lepas ni, aqil tak payah pakai suar dah, nak tunjuk corak2 CD nye tu..huhu

Terima kasih pada tuan punya kedai merangkap kawanku merangkap opismate hasbenku, kak isdafarah. Korang kalau nak jalan2 tengok CD, bolehla singgah di blogshopnye. Sekarang tengah buat promotion tau. Baik korang singgah, ada lagi berapa hari je sebelum dia terberanak..hehe..

Aku beli pakej yang paling murah ler, tengok bajet..hehe.. ha, siap dapat hadiah free tau..hehe. aku suka je dapat hadiah free tu. mekacih ye kak is.. rajin-rajin, silalah singgah ke MY LUVLY SHOP. Macam-macam ada. Siap ada membership tau.. strategi yang bagus ni..kalau dah jadi member, adalah benefit2 yang tertentu kan.. especially tang diskon2 tu.. :-)

Ha.. ni dia gambar CD yang aku maksudkan.

Dah selamat basuh dan sudah disidai. Untuk pengetahuan pengguna2 CD (kepada yang masih belum ngertik), CD ni kena basuh dulu - prewash sebelum pakaikan kat anak. disamping benda baru, ia juga meningkatkan kadar serapan insert tersebut. Kalau tak silap aku, basuh sampai 3 kali, baru dijamin okey. Aku rasa, aku basuh sekali je la..hehe.. tak sabar nak pakaikan kat aqil.

Kalau nak tahu CD brand apa yang elok, yang ok, kita kena cuba semua brand dulu, baru leh tahu yang mana best. setakat ni yang aku ada coolababy, mylittle helper & latest QQ baby. Baru ada 8 jek CD aqil, tak leh nak fully CD lagi, pakai weken jek dulu. Okeyla, selamat bercuti kawan2.. berhati-hati di jalanraya. Me plan nak balik kluang, insya-Allah.. Bye!!


7 comments:

Ilhamny.com said...

setakat yg sue beli brand mana yg paling elok..??linda de 8 keping suma coolababy..tp ok je stakat nih..nak tau gak kot2 ada brand yg lg baik..

ejaMaria said...

makin seksi la Aqil : tak pakai seluar?

mamamuazsayang said...

ingatkan CD tu compact disc..ngeee~~ :D

Suliana said...

kak linda,
setakat ni semua ok la. tak de masalah.. su rasa sama je la hasil dia, yg penting nak kurangkan pakai pampers. tul tk?hihi

Suliana said...

kak maria,
suar tak pakai, pakai lampin jek..hehe

Suliana said...

mamamuaz,
tak nak try cd utk muaz ke?? jimat duit poket :-)

Farah said...

waaaa mekacih su, dh 2lun promote kdai akk scara x lngsung ni :p
CD corak2 ni mmg lg cute kan.. x sbr nk pkai kan kt baby akk plak nnt :) I.Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails