Monday, May 17, 2010

Aku nak pergi haji!!

Assalamualaikum & good evening!!

Tadi, aku ke tabung haji untuk meng'update' buku-buku TH kami dua beranak.. :-) nasib baik orang tak ramai, ye la, aku kuar awal sikit dalam kul 12.15 dah kuar opis.. Bila tiba giliran aku, saje je la tanya pegawai TH tu cara-cara untuk mendaftarkan diri untuk menunaikan haji..

Dia kata kena ada simpanan RM 1,300 ke atas baru boleh register kat kaunter haji. pastu, tunggu la turn.. sambil dia kelip2 mata mengira, lagi 23 tahun aku boleh pegi..huhu.. tahun 2023. Lambat gile.. tapi, dalam pada masa yang sama, dia akan anjak nama kita seawal yang boleh kalau ada orang yang tolak tawaran atau yang belum cukup duit lagi.. so boleh dapat awal la.. kalau nak pegi juga cepat2, boleh juga buat surat rayuan.. kalau kita kumpul duit daripada sekarang, lagi 7-8 tahun, insya-Allah boleh la menunaikan rukun Islam ke-5 ni..

Korang rasa-rasa nak pergi umur muda ke umur nak dekat2 pencen nanti?? dengar pengalaman orang-orang tua, pergila awal sementara badan masih sihat & kuat untuk beribadah . nak panjat sana, panjat sini.. Tapi, ada juga orang kata, pergi la masa dah nak pencen. time tu, kerja dah tak banyak, anak pun dah besar2, period pun dah tak ada.. senang nak beribadah. Nafsu pun dah kurang sikit nak shopping2 ke. tapi, takut kudratnya tak de pulak.. kalau ikut orang muda, ditakuti nafsu untuk bershopping2 ni kuat lagi, kang tak dapat pulak haji mabrur.. hee...

Aku?? nak pegi time duit dah cukup la, may be pergi umrah dulu  :-) kalau sekarang ni, duit tu kena korek2 lagi..kekekeke.. Apa2 pun, yang penting, bila seru dah sampai, insya-Allah Allah akan menjemput kita ke sana. Sebenarnya seru tu memang dah lama sampai, semuanya bergantung pada diri sendiri.. Yang penting, niat untuk menunaikan haji tu perlu ditanam dan dipupuk seawal mungkin beserta dengan azam & usaha menuju ke sana.. mungkin aqil boleh bergelar Pak haji (kecik) aqil satu hari nanti.. hihi.. wassalam..

7 comments:

SiNoMoSa said...

salam ngah,

pergi la buat umrah dulu..
memang seronok dan rasa tak puas dapat pi sekali je huhu..

ejaMaria said...

su... bab shoping tu tak kira tue ke mude... sama jer... klu dah nama nye perempuan... hehehehe...
ape pun akak advice, pegi haji bila kita dah takde hutang - ini penting!, anak2 dah bole berdikari - jgn susahkan org nak jaga anak kita pulak time kita sibuk2 nak buat haji... lama tu 40 hari kena jaga... klu dah besar dia bole jaga diri sendiri... tu je... :)

Ilhamny.com said...

mak aikh lg 23 tahun..takutnya..tenks 4 good info..next week kena bwk kuar tabung ASB bwk masuk kat TH..bg min. rm1300 jd la kan dulu..

syirakhalid said...

kak su, kalu nak lagi cepat and kalu berkemampuan, blh ikot pakej yang diluluskan/disediakan oleh tabung haji...sekali pergi confirm nak pegi lagi (^___^)

Suliana said...

kak shim,

insya-Allah kalau ada rezeki lebih memang nak pegi..

kak maria,
betul juga tu kan.. kena pikir gak anak2 nak sekolah sume..

linda,
ye, at least daftar dulu. tapi kang kalau dah daftar, kena rajin2 la simpan duit, kang dia suruh pegi, duit tak cukup plak..hihi

syira,
syira dah pegi ke?? tu la, nak tunggu berkemampuan tu lambat lagi :-) insya-Allah ada rezeki lebih nak pegi juge..

Sharinginfoz said...

bagus buat perancangan ni

en_me said...

muger2 dpt pegi haji la kaans.. aminn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails