Thursday, February 25, 2010

pergi tak kembali..

Pagi ni, aku ada sedikit kelapangan untuk menulis sesuatu di blog aku ni. Rasa lega tu aku dah dapat start dari aku balik petang semalam, sebab aku tak yah buat keje kat umah dah:-) keje aku yang tertunda tu dah siap!! jadi dengan happy nya aku belanja suami ku di Secret Recipe..

Tapi sebelum tu, aku nak share cerita lah ngan korang.. aku dapat berita sedih daripada my best friend Lah.. dia kehilangan adik angkatnya.. She passed away 23 Feb..malam kot, tak sempat sampai hospital dah meninggal.. Kalau tak salah aku, dia ada kanser saraf ke  kanser darah..tak berapa sure la..rasanya darah kot..darah putih lebih.. Aku pun kenal juga arwah ni. pernah datang umah kat kg pasir tengok aqil sambil aku hidangkan air kopi untuk mereka:-) Dia pun pernah rasa aku masak asam pedas ikan kembong, masa ni kat umah sewa, lum kawin lagi..masih terngiang2 lagi, "sedap kak su".

Lah adalah orang yang paling sedih sekali.. dah 8 tahun mereka rapat sejak dari politeknik lagi.. Aku tahu, Lah memang sayangkan adik angkatnya ni, dah jadi macam adik sendiri. dia tak sempat tengok arwah, dah dikebumikan tengahari semalam. Semoga Lah tabah menghadapi ujian dari Allah.. Allah lebih sayangkan nya.. Al-fatihah untuk Gee..

Bila ada berita sedih macam kematian ni, mula lah kita terbayang2 kenangan indah bersama mereka.. tak dapat nak dibayangkan jika aku berada di situasi itu. kehilangan orang2 tersayang..

okey..episod sedih stop di sini..nanti aku sambung episod makan2 plak:-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails