Friday, February 12, 2010

Gong xi fa cai!!

Gong xi fa cai kepada semua kaum cina!! wah..esok petang semua chinese makan besar la yek?? makan apa?? yi sang?? hehe..ntah, aku pun tak tahu sangat la budaya diorang.. aku tak ramai pun kawan cina. yelah, dulu masa sekolah rendah, semua bangsa melayu.dah naik sekolah menengah kat STK pun still masuk kelas yang melayu semua.. Then, bila kat sk teknik terengganu pun semua melayu..adalah sorang dua budak cina dalam sekolah tu..tapi, dia pun lebih kepada cina besut, kecek kelate la demo..hai chen, igt lagi kat aku tak?? ingatla, kan kita keep in touch dalam frenster..hehe..chen pun dah convert to islam..

ha..tak abis lagi kisah di atas..bila dah dapat masuk u, masuk pulak UiTM..melayu lagi dalam tu.. so, aku tak berkembang sangat la pergaulan dengan bangsa lain selain melayu ni.. Bila masuk keje pulak, masuk company melayu..cumanya, bila dah terdedah dengan dunia construction, aku dapatla rasa sedikit sebnyak asam garam 1 malaysia nih.. ada baik, ada buruknya..ok, tak nak cerita lebih lanjut..isu sensitif:-)

Selalunya, time raya cina macam ni, opis lama aku akan dapat berkotak-kotak limau..yang mana senior-senior tu, akan dapat ang pau dari project team diorang-kalau ada chinese la dalam group tu..best kan?? hehe.. opis pulak busy meng'order' hamper untuk hadiahkan kepada diorang.. sama jugalah kalau raya kita..diorang berebut-rebut (berebut-rebut ke??hihi) kasi hamper la, itu ini la, kuih raya la.. to che..:-)

Sekarang, tak de dah nak rasa benda tu semua..kalau kasi..dikira RASUAH wei.. tu pun rasuah ke??huhu..tapi ada juga la staff cina kasi limau sebijik.. ala, boleh beli la sekarang ni limau lokam tu..lokam ke?? makan banyak2 tak elok, batuk tau.. kulit dia tu sebelum makan basuh dulu, kotor..aqil makan limau sunkist..hehe..

Okeylah..membebel plak..selamat bercuti panjang..hati-hati di jalan raya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails