Thursday, February 11, 2010

aku dan dia..

sekarang macam dah tak sempat nak update blog..tapi ni aku selit2 juga la baca blog orang skit2 & update blog nih..hehe.."cikgu" aku ada keje sikit..so sempat lah aku mengisi masa yang terluang ni..dah siap satu benda, buat benda yang lain plak.. banyak perkara kena buat bila dah masuk unit kewangan ni. report itu ini sume ada.. sampai naik buntang mata aku tengok komputer je.. dah ada urat-urat merah kat mata aku ni..huhu.. tetiba je..adakah figure yang banyak2 tu dah menyocok mata aku ni??

Esok dah last kerja untuk minggu ni..pas tu, cuti raya cina plak..insya-Allah balik kluang hari sabtu pas gi kenduri kawin anak ex-bos..ha..sape yang tak de tiket tu, nak tumpang calling2 la yek..haha!! suka-suka je wat annoucement kat sini, nak kena hempuk ngan laki aku ada la.. aku tak amik cuti panjang pun, gile nak cuti.. aku orang penting ni..kalau aku cuti, tak gerak projek kat malaysia ni..haha..lagi ayat poyos!!

Lagi,lagi apa ye..korang rindu tak kat aku ni??huhu..dush dush dush..pompuan je dibenarkan rindu..laki tak leh..kecuali adik beradik aku je..haha..sebenarnya dah merepek meraban dah ni..tak tahu nak cite apa.. Aqil?? aqil okey je.. Makin mengaruk okey..time pagi, bangun mesti menangis dulu, so, kena kasi nenen jap, baru dia okey.. Waktu nak hantar, ada drama swasta plak..nangis2 kat pintu nursery tu dulu.. tapi bukan nangis teruk la, rengek2 je..

Waktu balik (ni je la time nak bermain ngan anak weekday), kena tengok mood juga. kadang tu, dah sampai rumah tak leh terus letak kat lantai, nangis lagi.nak kena dokong kejap..kasi makan scott emulsion (he love this). main-main lagi, aku pun kena baring gak, sebab dia nak nenen..pas puas tertonggeng2 kat aku tu, main lagi.. kalau dia belum tido petang, kena kasi tido dulu.. lagi pun, aku nak kena masak, nanti dia kacau pulak kat dapur..huhu..tension.

Time makan lagi best..dia suka kacau aku makan..patutla aku  kurus.chewahh..makan tak kenyang..ada budak kecik kacau..kalau aku bawa dia naik atas meja, habis berterabur nasi dia hempuk..kalau letak kat bawah, habis dia nak main kipas pulak..kadang2 tu lepas makan, aku terus naik tido sebab aqil kalau kul 10 tak tido tu, memang pelik la..nanti esok dia bangun mesti bad mood tak cukup tido.. mana tak buncit perut ni pas makan tido.. eh, tetiba terpanjang plak entry aku ni..ok..bye!!

6 comments:

Anonymous said...

selamat blk kampunnnnnnnn....

Anonymous said...

selamat balik kluannnnn...hati2 di jalan raye.. *kakma*

Suliana said...

cepatnye kasi komen:-)thnx kak ma..bila nak mari rumoh ni??hehe

Ilhamny.com said...

kita pun balik johor gak, tp lnda lg jauh..kat JB, street view blkg istana bukit seren..selamat meramaikan jalan ke utara ek..hehehe

Ejamaria said...

slamat balik kluang... kim salam kat kluang yek... hehehe(naya ko nak britau satu kluang akak kim salam...) akak next week baru balik Simpang Renggam - mak nak buat kenduri cucu baru dia...

SiNoMoSa said...

hikhik..slmt bcuti ngah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails