Tuesday, January 12, 2010

Kisah si makhluk halus..

Semalam, aku buat keje overtime..kul satu baru tido..sejak dah ada aqil ni, keje aku tido awal je, di samping menyusukan aqil, aku pun tertido sekali..huhu..upss.overtime apa tu??overtime ngan cik abang..hihi..*ha, fikir lain la tu*.. aku kemas bilik la..mujur aqil tido awal. semalam, ada satu kejadian yang menggelikan, meremangkan bulu roma wei..ada makhluk lain yang tinggal bersama kami selain dari semut, cicak, lipas, ikan..hehe..


merenung masa hadapan (bila agaknya anai2 ni lari ibu..)

Apa benda tu??jeng jeng jeng.. aku memang geli sikit serangga2 ni..ada anai-anai dah buat sarang kat bilik bawah rumah aku tuh..eeii..geli wei..Sebenarnya memang dah lama aku nak kemas bilik bawah tu. Sejak dari pindah (berapa bulan dah aku duk umah tu?? tak ingat dah), sume benda2 yang berlonggok kat situ benda berat2..mana lah larat aku nak angkut sorang bawa naik atas. Ada banyak buku & barang2 "makanan" dia kat situ.. Tak tahu la berapa lama dia dah bersarang kat situ. Ingatkan sikit je, rupanye dah berlubang kotak tu..siap ada sarang kat dinding lagi..aauuwww..geli..nasib baik mesin jahit aku dia tak makan..

Cik abang aku tu, daripada tak nak tolong, sehinggalah terpaksa join sebab keadaan dah sangat menggelikan..habis sume aku buang kotak2 dan masukkan buku2 tu dalam container plastik. Apa yang banyak sangat buku tu.. Buku zaman belajar tu, siap jumpa balik surat cinta & gambar bercinta dulu..hihi..tu pun dah kena makan anai2.. Gambar kawin aku pun mujur sempat di selamatkan..Ntah dari mana datang pun tak tahu. Tapi dia dah buat lubang kat dinding. Pelik aku, anai2 pun makan batu ke?? Sape ada pengalaman panggil pest control?? Berapa ye agaknya quotation dia..Mama dulu pernah amik pest control, tapi yang itu bukan tembak lantai, dia sembur2, setiap 6 bulan sekali..sume semut, cicak, lipas sume jatuh mati..

Pagi ni, aku tengok, dia tak putus asa, masih membina sarang di dinding yang telah dilap itu!!! jahat nye ko..pegi la makan rumah orang lain.. Geli tau!! Balik ni, nak kemas lagi bilik tu, kasi clear..aqil, tolong ibu ye, gi tido tuh..


p/s: Alhamdulillah, aqil dah berani menapak selangkah dua.. bangun pagi2 je cubaan untuk melepaskan tangan..hihi..mulut becok budak kecik ni.. Semalam, malu gak ngan akak nursery tu, bubur yang aku bekalkan untuk aqil dah masam..huhu..malam tadi masak lain.

15 comments:

suhaida shukor said...

yeyyy.. aqil da pandai jalan

Suliana said...

ida,
baru setapak dua je, tu pun ngada2 dah nak jatuh2 kan badan...hihi

faRyn faRhana said...

eii,aku pon penggeli serangga wehh..kalo lipas lagi aku takut...huhu.
yey,aqil dah nak mula melangkah.tak menang tgn la ko nanti su :))

angah said...

akk yg dah msuk sthun pindah pon brg dlm stor br setel kemas last week.. tp nsb bek blom de masalah anai2 ni lg.. kire msh blom trlmbat r su smpat slmatkn mcm2 trmasuk srt cinta & gmbar kawen he3x

Suliana said...

faryn,
lipas tu kalau dia duk diam je tak pe, aku amik spray je, tapi kalau terbang, aku yang lari dulu.hihi.

skrg pun tak menang tangan dah ngan karenah aqil ni..nasib bapaknye senang diuruskan..haha

Suliana said...

kak is,
dah cek betul2 ke??nanti balik gi tgk lagi sekali, ntah2 dah berkubur kat situ..hihi..rumah kawasan lama kot, tu yg senang dia naik tu..

HaLuSiNaSi said...

dh pandai jln nnti jenuh la ko.. makin kurus la.. hahaha..

aku perangkawan lor su.. tapi kader kat icu, jpm selangor.. keja mcm org gila oke.. huhuhu...

Suliana said...

oo..perangkawan tu apa??jabatan perangkaan ke??sian ko..takpe, sabo je la..cari rezeki utk budak debab tu..

~ujicham~ said...

ikut pengalaman kawan aku yg rumah dia ada anai2... takde cara lain selain guna anti-termite or pest control... mmmg berkesan.. sbb selalunya anai2 tu pindah umah sebelah je.... nanti kalau org sblh ko buat treatment... dia lari rumah ko balik atau dia gi umah org lain.. gitulah dilema kawan aku tu. kalau boleh wat treatment satu taman... baru dia mati... takde tempat nak lari. (tp susaah lah sikit ek, nak ajak 1 taman buat)..

Eyriqazz said...

wah,bestnya anak su dah pandai jalan...

Great Teacher Onizuka

Nur Hasyimah Mahasan said...

anai-anai???kena jaga2 ngan seranggan ni...coz shima kat kg memng teruk 'dia' kerjakn...terpaksa renovate balik umah tu...huhu

Suliana said...

uji,
yela.semalam sembang ngan jiran dia kata umah dia pun ada anai2.. musim kot..tapi dia dah buat tanam ubat anai2 tu, dah lama dah seribu lebih..hmm..kalau tahun ni, berapa la agaknya..

Suliana said...

iman,
blm pandai betul lagi..kadang tu malas jugak budak ni..

Suliana said...

syimah,
tu yang takut tu.tgh survey gak ni.

mama_fatin said...

sue,ni kita hawa..
mcmn kita nak add awak ek..
lemah skit bab blog2 ni, tp nak buat gak..hahah..
blog kita http://almasfatin.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails