Monday, January 18, 2010

karenah manusia

Jumaat yang lepas, aku balik lewat sebab tunggu cik abang amik di tepi jalan.. Kali ni, aku cepat, dia lambat. aku nak share la ngan korang2 sume..sepanjang aku duduk tepi jalan kat bus stop tu, macam2 karenah aku tengok orang.. macam2 gelagat.. Orang pun agaknya pelik je tengok aku bawa beg byk2 tu.. siap amik2 gambar lagi.. nak hilangkan boring..hehe.

bus stop aku tunggu abang

Alkisah.. kadang2 aku ni dijadikan kaunter pertanyaan. "dik, kat mana Sogo?" Yang ni aku boleh la jawab.. Tapi kadang2 tu, "saya nak gi sunway, nak naik keretapi mana?" yang ni kadang aku memang fail. Sebab aku jarang naik komuter ni. kalau PUTRA LRT tu aku tahula, dari gombak sampailah ke kelana jaya. Tapi, kadang tu, aku jawab je, "tu belakang jejantas, ada keretapi, situ boleh naik" hihi..Sebenarnya aku pun tak tahu tren tu nak gi mana.. Kalau tak salah aku, tu stesen STAR kot. Jahatnye aku.. dalam hati aku, jangan lah orang ni patah balik, kang salah tren kang, mampus aku kena marah..


mana abang ni..muncung skit:-p

Lagi satu, jumaat lepaskan aku gi Sogo. ada sorang kakak ni tengok aku bawa beg plastik sogo sambil dalam tu ada Pet Pet.. "Wow, pet pet..Beli kat mana? Berapa?bla bla bla.." aku pun dengan ramah tamah menjawab "ye kak, sogo ada sale untuk member..murah ..bla bla bla".. tak lama tu, aku pun nampak dia melintas jalan nak gi sogo.. Terrornya mata dia menembusi beg plastik aku tu..hihi


berat tau..M84 2 bungkus

Ada lagi satu kes. Tapi ni cite lama la. Yelah, karenah orang ni macam2 dan kita tak pernah duga.. Aku tengah jalan2 ngan nana.. Masa tu teman dia nak gi Muaz beli selendang 4 ringgit. Tengah jalan2 tu kan, ada la sorang mamat macam hensem pakai spek hitam, pakai kopiah haji, berkot sume la..nampak macam waras je..tiba tiba bila selisih dengan dia, dipukul aku ngan hujung payung dia. Bukan pukul bagai nak rak tu, dia senggol/cucuk aku dengan hujung payung.


pon pon pon..kereta kecil ku berbunyi..mari lah sayang mari balik,
boleh ku bawa jumpa aqil:-p
A:"cepat lah, nanti lampu hijau dah ni"
S:"yelah yelah"

Memang niat dia nak pukul aku pun, sebab lepas tu aku toleh kat dia, mulut dia terkumat kamit macam marah.. Aku pun tak tahu apa aku dah buat ngan dia.. Adakah jelingan mata atau kumat kamit  mulut ku membuat kan dia perasan aku mengata dia?? mana ada, aku bukan kaki ngata orang..ahaks!! Masa tu aku ingat nak patah balik nak amik batu ke apa kan, tapi nana kata "jalan je lah, kang dia kejar baru tahu"..hihi.. aku ni depan je berani, kang lari lintang pukang..Sebenarnya, dua dua dah takut dah.. tudung 4 ringgit punya pasal la ni.. nasib dapat..hihi..  Kalau aku jumpa mangkuk hayun ni lagi, nak buat apa ek??Lari!!! kalau boleh, aku nak lastik dia..

Tu jelah kisah aku untuk hari ni.. pelik pelik orang kat KL ni..macam macam ada.. Cumanya kita kena berhati hati.. Bahaya datang tanpa diundang. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya..kalau nak kuar duit ke apa ke, beringat-ingat la selalu.. kepit beg tu, cover2 skit mesin atm tu, pandang kiri kanan belakang..Kalau kita memang dah banyak duit tak pe, ni duit ciput aku tu lah orang nak amik..huhu..teringat kisah duit aku hilang kat atm tu.. Tak pelah, bukan rezeki aku kan..eh, melalut la plak.. Lambatnya nak gaji ni..aku dah kemarau ni..ok..tata!!


8 comments:

Diarihatiku1976 said...

karenah manusia meamng mcm-mcm.. kena sabar jelahh..

Erin Rashid said...

su, drypers pants takde sales kah?
camimi pakai itu je elok
pants mamipoko, huggies sume tak berapa bagus la

ad3ck said...

perkongsian yang menarik. paling chuak kalau tiba-tiba orang gila muncul. heheeh.

SiNoMoSa said...

hikhik ko nie mmg kelako la ngah..
tak tahan tue snap muka seposen sendiri hikhik

Suliana said...

erin,
drypers ada juga tapi kali ni lebih kepada sale huggies & pet pet..

Suliana said...

ad3ck,
thnax for singgah..kalau saya duk kat bus stop tu, kadang2 ada gak orang gile menyandar kat belakang bus stop.. buat tak tahu jela..hihi

Suliana said...

kak shim,
biasala tu..takde org nak snap, snap sendirila..asyik muka aqil je..hihi..keesokannya jumpa ilin @ miss rekaembun kat tepi bus stop tu..huhu

Sharinginfoz said...

macam2 karenah manusia kan... seronok tengok....

Amanah Saham, OK Ke???

Jom Ajar Anak2….

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails