Wednesday, December 16, 2009

Thanks nuffnang!!

Sebenarnye aku rasa aku masih belum layak lagi untuk aku bercerita pasal nuffnang dalam blog aku ni.. Aku dulu pun tak tahu nuffnang tu apa.. bila masuk blog orang lain, aku tgk ada benda biru kat side bar tertulis "ads nuffnang".. Aku ingatkan pemilik blogger itu peminat saiful nang..hehe..

Sampailah pada satu hari, iman message aku nak bagitahu dia ada blog..and aku pun kasi juga la address blog aku ni..dia la yang suggest kat aku suh masuk ads nuffnang tu memandangkan aku dah ada beberapa followers & blog aku ni ramai gak orang baca (ramai ke?)..mulanye aku tak berapa nak faham juga (sampai hari ni pun, aku faham skit2 je). Kita kasi peluang kat iklan untuk pop up kat blog kita.. Bila orang buka blog kita, tetiba ada iklan, ting ting duit pun masuk..kalau orang tu klik kat iklan untuk tengok apa benda iklan tu, dapat duit lagi.. betul ke tafsiran aku ni?? macam tu la yang aku faham..tapi aku lum faham lagi buffered earning tu apa..

So, aku start involved kalau tak salah bulan puasa kot..Maybe around september la..mula2 tu ciput je duit masuk, 25 sen.. pastu, satu hari tu, tiba2 jadi belas2 ringgit..kira best juga la walaupun skit.. sampailah ke hari ni, dah mencecah seperti gmbr di bawah :-) sikit je kan..tu pun nak cite..hihi



Perlu ke aku cash out the money?? ke nak kumpul lagi?? macam bagus je ek..hehe.. kalau cash out, berapa lama boleh dapat cek tu?? Okey, kalau bab berapa orang unique visitors tu plak (aku pun xfaham unique ni dikira camana), aku xde la ramai sangat..tengok kepada berapa orang yang baca blog aku..kalau rajin update blog, orang akan buka, baca & akan mempengaruhi keaktifan akaun kita..betul tak?


ni statistic untuk last month..makin lama aku tengok makin menurun je..sebab aku byk cuti bulan ni, blog tak update..kalau sabtu ahad, lagi la berapa kerat je yang singgah..hehe..takpela..sambil berblog, ada gak income yang masuk..sambil menyelam minum air...kalau otai2 nuffnang baca entry ni, mesti dia gelak2 je kat aku..i'm beginner okey..

okeyla..nnti kita update lagi..babai!!

1 comment:

nasazfrog... said...

tak pe... janji masyuk kan,, kira ok tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails