Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Islam 1431H

Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di seluruh dunia.. Yeay, esok cuti..bukan cuti saje ye kawan-kawan, petang ni bacalah doa tutup & buka buku baru.. Apa azam tahun baru ni??hmm..azam tu memang punyala banyak, berkobar-kobar tuh.. tapi dah tak ingat dah azam aku tahun lepas camana..hehe..Sebabnya tidak tertulis dimana-mana.. Ingat dalam kepala je, tapi sampai sekarang, azam tinggal azam sahaja..

Ha, ni dah ada blog, boleh tengok-tengok balik apa azam yang kita tulis tu kan.. Bukan nak poyo menunjuk-nunjuk, tapi sekadar peringatan untuk diri sendiri.. Kalau nak buat jahat, haa, tengok balik la azam yang tercatat ni..huhu..

Harapan ku pada tahun baru Islam yang akan datang kejap lagi ni ialah :-
  • tentunya menjadi umat Islam yang menurut perintah Allah.. Yang mana lompong-lompong tu, sila la refill selalu.. yang mana belum buat, sila la buat tahun ni & mencuba ke arah itu..
  • Nak jadi isteri yang solehah..hihi.. nak bangun awal, kemas rumah, gosok baju, masak setiap hari kalau ada lauk dalam peti, jaga anak baik-baik sampai aku kurus kering ^_^ Nak tambah baby hujung tahun..huhu..takut!!!
  • Menjadi anak yang baik kepada ibu bapa.. berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih hidup & jangan menyusahkan hati mereka..
  • semoga aku dan keluarga panjang umur, dimurahkan rezeki yang halal, dikurangi bebanan hutang, dijauhi dari segala bala bencana, di beri kesihatan tubuh badan yang baik
  • Harapan untuk suamiku, semoga menjadi suami yang mithali & baik, bertangunggjawab, jangan garang-garang, rajin tolong isteri (sekarang pun memang dah rajin), kasi duit banyak2 kat isteri.. hihi, tolong jaga anak, kemas rumah bla bla bla.. (kalau boleh, semualah abang buat..heee..)
  • Untuk anak ibu, Aqil jangan nakal-nakal. semoga aqil jadi anak yang soleh, bijak, sihat & ceria selalu.. suka pergi nursery, suka minum susu ibu, suka makan.. semua yang terbaik hanya untuk mu..
Ni azam ke wasiat ni??hehe..wat ever la..harap-harap menjadi la ye..terutamanya dua yang atas tu..hehe.. Okay, akhir kata, salam maal hijrah..

1 comment:

anak laut said...

salam...ukhwah,

selamt menyambut Maal Hijrah buat awak..moga kejayan dan kebahagian selalu di tahun baru ni..amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails