Friday, December 11, 2009

duit oh duit..

Tengok title di atas, seribu satu cerita boleh keluar..mata aku pun dah blink2 $$ dan bersinar-sinar kalau dengar pasal duit ni..apatah lagi aku ni gila duit..sape tak gile duit kan..tapi biarlah berpada-pada..orang dulu-dulu kata, duit bukanlah segala-galanya.. Tapi bagi aku, semua benda perlukan duit sekarang ni..

Cerita pasal duit ni, membuatkan aku terimbas kembali betapa bernilainya duit pada ketika ini.. To my brother & sister, nanti korang dah keje, baru korang tahu nilai duit macamana..biar gaji 3-4 ribu pun, korang mesti rasa apasal la duit ni tak cukup2.. sekarang boleh la korang pau kami kami ni, nnti korang merasa sendiri baru tahu..

minggu lepas, aku pegi ke pasar malam kat rumah aku tu..mahal nak mampus..tak pernah lagi aku beli sayur bayam, cendawan, cili api, daun kunyit sehelai, limau nipis 2 biji & segala mcm yg kecik2 tu harganye rm12..biar betul!! aku mcm xpercaya tapi aku biar je la sbb baru 1st time beli kat situ..next time, jgn harap aku nak gi pasar tu lagi..sume mahal!! better aku beli kat giant ke carefour ke..nak kata pasar malam murah, pasaraya lagi murah..ada letak tanda harga lagi. dari segi kesegarannya, lebih kurang sama je, lain la kalau ko duk kat pantai timur, tu betul segar..hmm..pening aku pikir harga barang yg melambung-lambung sekarang ni..(ni yang malas masak nih:-))

mengikut pembacaan ku tentang kewangan, 30% (kalau tak salah) daripada gaji tu mesti ada untuk simpanan..aku???sikit lagi nak capai 30% tuh..hihi..tu pun kalau aku duk terperap je kat opis tiap2 hari jumaat & weken..kalau aku merayap, takdela 30% tuh..

Tahun depan, memang betul2 azam ni ^_^ . nak simpan duit..tak mo buat hutang lagi..yang kecik2 pun tak mo..(jadi ke ni) simpan duit nak beli barang rumah, baju nak jahit sendiri, kuih raya x mo beli..hehe..insya-Allah kalau semangat tu kuat, boleh la.. (tahun depan aku main kutu ngan cik abang..hihi) semangat berkobar-kobar nih..

okeyla..weken aku tak dapat nak update blog..kalau jumpa intenet akan ku update..okey.tata..selamat berhujung minggu

p/s: this entry is auto publish.

5 comments:

nana kecik said...

"Tapi bagi aku, semua benda perlukan duit sekarang ni.."

tak semua benda akak. kadang2 benda tu ada, tapi kita yang xsedar. asyik nk cari benda baru. memangla pkai duit. cuba jadi kreatif dan inovatif.

Eyriqazz said...

U r rite Sue...Gaji naik pun tak setimpal dengan inflasi..Kami yg both kerja pun rasa tak cukup duit...Naik baik Azwa pandai menyimpan..

SiNoMoSa said...

salam ngah,

adakah ko nie mata duitan hehe
tp mmg barang laa nie mahal ditambahkan dgn QS yang kedukut so bila dah beli tue ngomelnya seminggu haha..
tp apa2 pun kita kena belajar berkata cukup ok ;-)
pembetulan 10% bukan 30%

JMR said...

saving tuk masa dpn..bgus2...duit mmg takkan nah cukup..huhuhu..

Erin Rashid said...

i've tried 50% of my salary utk saving. thanks God, it works sbb benda lain bnyk dikurangkan..
org kata, dpt gaji terus simpan skit, lebih baru belanja utk bil, rumah, kete, etc.. tapi bkn sebaliknye bile dpt gaji..!
heheh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails