Wednesday, December 30, 2009

bila dia demam..

Akhirnya..dihujung hening malam, baru aku dapat update blog aku ni..aqil baru je tido..Dia demam lagi, hari ni hari ke dua. dah bawa pegi klinik tadi, aqil dapat ubat demam, antibiotik & ubat bontot.. Selalunya, kalau kasi ubat demam, panas nya akan turun sikit, tapi demam kali ni, memanjang panas..risau juga..aku pakai ubat demam yang lama..may be dah tak elok kot ubat tu. bila gi klinik & mkn ubat, baru la turun panasnya.. siap sepah2kan tisu, baju yang dah berlipat etc2..mcm orang tak demam jek..

Kali ni, aku tak dapat la nak tolong mama buat apa2 pun kat rumah ni..Aqil pantang letak, nak berdokong je..makin ramping la pinggang ibu ni aqil oii... tapi, ramping sebelah je, dpt bayangkan tak??hehe.. Susah juga jaga anak sorang2 ni..ingatkan ada assistant, tapi assistant lari ke kl la plak.. Sori ye pak cu ali, nanti pak cu balik tgk bilik ni bertambah sepah sebab aqil teman ibu main tenet sambil mkn biskut atas katil..pastu kan, aqil nak main bear, tapi aqil tak tahu ni bear sape..tgh main2, tiba2 aassshhhuummm..ada habuk la..memang tak dapat nak tolong la bilik ni..



masa saya tengah sihat..
Aku dapat lihat perkembangan aqil sepanjang aku bercuti ni.. dia dah pandai cakap papapapa mamamama.tapi bukan ibu & ayah.huhu..apa la aqil ni, mana ada papa mama..ibu la!! pastu, dah pandai babai, tepuk tangan, turun dari katil sendiri..mengejutkan sangat..time aku tengah main tenet, tiba2 je dah ada kat bawah..lagi, dia dah pandai geleng kepala..tak nak, geleng, nak pun geleng juga..aqil aqil..patutla demam, byk sgt yang pandainya.. berdiri pun dah slow2, tapi kejap2 je..aku try nak upload video, tapi, tak boleh la..dia tak kuar video tu..

okeyla, nanti kalau ada masa kita update lagi..esok malam dah blik kl tapi nak gi kelang dulu.hehe..ayah, jangan lupa amik aqil kat sana..atok tak nak masuk mrr 2, jem..maklumla..tahun baru..kalau tak nak amik kitorang pun takpe, atok hantar, tapi lewat skit la ayah leh jumpa aqil..hehe..ni aqil demam sebab rindu ayah kot..air liur menjejeh2 je, nak tumbuh gigi lagi ke..tak pela, ibu harap aqil demam biasa je, demam nak pandai, ok sayang.. senyum sikit.. salam tahun baru semua!!



4 comments:

suhaida shukor said...

geramnya tengok aqil ni.rindu aqil.

Erin Rashid said...

sue!
ubat validity smpai 3 bln je slps seal dibukak
antibiotik kene sentiasa simpan dlm fridge

aqil meleleh air liur ni apa yg ibunye nk masa ngandung tak dpt?
camimi pon leleh lagi smpai skrg
bnyk aku tak dpt masa pregnant dia
hahhah...

Suliana said...

erin,
ye ke??aku tengok kat botol ubat tu ada yang sampai 2011 expired nye..doktor pun ckp takut ubat tu dah tak elok..huhu..aku ikut suka je simpan kat luar..hehe..ok, hanx for the info..
yang air liur tu baru nak stat meleleh..masa tumbuh gigi dulu, takde mcm tu plak..apa aku tak dapat ek??hehe..

Eyriqazz said...

Get Well Soon Aqil...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails