rezeki anak..

Assalamualaikum...

Rancak pulak aku berblog ni eh. tiap2 hari mesti nak letak satu entry.. :-) macam la ada orang nak baca sangat kan bebelan si ibu beranak dua  ni. tak pela, tak de orang nak baca pun, aku syok sendiri je la.. kadang2 tu, suka baca coretan lama2, terkenang saat2 dulu..

Pejam celik pejam celik, tamat dah februari.. esok dah nak masuk mac dah.. bagi rakan2 seangkatan ku, mesti suka sangat la bulan mac ni kan. hehe.. aku pun dah lupa sebenarnya.. kuikuikui.. bulan mac ni juga aku akan kembali bertugas seperti dahulu.. bos pun dah bertukar, kawan seangkatan pun dah bertukar, aku bila lagi?? huhu.. nak tak nak, kena terima perubahan tersebut kan..

Bulan mac ni juga si kecil ku dah 3 bulan.. hari ni, sian dia.. tak lena tido, merengek je, hidung tersumbat. semalam aku dah beli dah vicks baby blossom.. best juga bau dia. semalam juga kami pegi soping kat carefour. haish barang sekarang ni mahal betul. amik amik amik, dah seratus lebih..tu bukan ada pampers ke susu ke, beras ke.. tu basic thing only.. anak dah 2, perbelanjaan pun kena lebih la kan..

Tapi, jangan la anggap anak2 tu satu bebanan.. anak2 tu rezeki tau!! percaya tak dengan setiap apa yang Allah beri tu satu pintu rezeki.. Time aku nak kawin dulu, hari ni aku nikah, esok majlisnya, lusa hasben kena report duty dapat keje government. perkahwinan ku sendiri sebagai satu pembuka pintu rezeki untuk kami :-) hampir setahun kemudian, aku pregnant, dalam pada aku pregnant tu, alhamdulillah aku diterima bekerja pulak di sektor awam @ government.. masa tu dah 6 bulan. syukur sangat. rezeki aqil :-) aqil dah besar sikit, berani tak berani, kami beli rumah sendiri.. Bila kelahiran aisyah pulak, sudah tiba masanya aku akan mendapat gaji yang solid tanpa potongan EPF, sebab dah 3 tahun bekerja dengan kerajaan dan amik skim pencen.. Alhamdulillah.. setiap apa yang dapat tu, dah ada bahagian masing2..

now dah nak masuk bulan mac.. harap2 dengan kajian SBPA yang baru ni, Allah murahkan lagi rezeki kami sekeluarga. ingat, rezeki bukan hanya duit saje.. rezeki datang dalam perbagai bentuk yang memudahkan kita.. dalam pada rezeki yang diperolehi tu, jangan lupa untuk bersedekah dan berzakat.. rezeki bukan untuk kita sorang je tau, bukan hak kita semua. lagi bertambah berkat bila diberi kepada ibu bapa. Bila dah kasi kat ibu bapa kita, diorang pun turut mendoakan kita semoga kita murah rezeki.. Itulah doa yang paling ditunggu oleh anak seperti ku, kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab.. :-)

Okey dah. sekadar mengingatkan... bye. wassalam :-)

Restoran Wadihadramawt

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal restoran nasi arab/yemen yang kami sekeluarga terjahi iaitu Wadihadramawt.. Restoran ni terletak di jalan Ampang. kalau dari ampang point, di kat belah kanan, tapi kalau dari KLCC dia kat belah kiri. Dari klcc nak masuk senang kot, tapi kalau dari Great Eastern Mall tu payah sikit nak cilok, sebab dia betul2 kat trafik lite, kena pandai2 la nak masuk camana.. hehe.. Saje je la nak bawa parents ku makan kat sini. Dulu dah pernah rasa makan kat Restoran Sabaa Cyberjaya. Entri lama sila baca di sini

Overall sangat sedap!!!! dah la time hujan kan, perut plak dah lapar, masa tu pukul 2 lebih.. perjalanan dari rumah ku kejap je, tapi kalau dah jammed tu, haish paham2 je la.. tapi berbaloi pegi sana.. Kami pegi 7 orang dewasa, dan 4 orang kanak2 yang tak berapa nak makan. hehe.. Mula2 macam sapen juga la, main order je kan, sekali tu harganya tak lah mahal sangat untuk kami 7 orang ni..

Kami makan Lamb Madghout 1/2 kg, Lamb Mandy 1/2kg juga dan Ayam mandy sorang makan. Air diorang amik variety like air gas, air buah mangga, air teh limau la. tukang bayar je amik air mineral.. hahaha..

 lamb madghout.. 1/2kg.. kalau tak silap rm 24 kot.. kalau sekilo, rm 40 lebih.. sedap sangat. dalam dia ada kambing.. recommended.

mixed fruit

 mushroom soup.. ok juga, tapi kak long aku tak suka, rasa susu katanya.. hmm.. ok je..

 ni sambal dia.. tak pedas pun tapi inilah penambah selera.. kalau tak de, rasa kureng je...

 ini lamb mandy. hasben aku suka yang ini. tapi aku dan ayah suka lamb madghout.. tapi still sedap.

Chicken mandy untuk abang long. ni untuk dorang makan tapi baaaanyakk..

 ha.. yang ni special.. lepas dah makan nasi, nak rasa kebab juga. tapi ni ntah apa nama dia lupa dah. ada kambing, ada ayam, ada udang, ada fillet ikan, fries.. sedap juga.. dalam RM 30 lebih rasanya..

makan bersama mullawah iaitu roti besar tu.. roti tu pun sedap!!! kami amik size medium 2. kalau size large, haish besar sangat.. mullawah ni murah je RM5 sekeping.. yummy...

Banyak gile makan. tapi pelik tau, masa masuk nasi dalam mulut tu rasa macam sedap betul la, macam tak cukup2 nak makan.. beras dia kot sedap.. kambing pun lembut je.. pastu, masing2 bila dah hujung2, sume dah macam ular sawa.. full... 

Kami pilih duduk di luar, yelah, untuk orang lelaki, senang nak rokok, untuk budak2, senang korang nak main lari2, makan tumpah pun gasak korang la, janji perut ibu kenyang. hehe.. total kena bayar RM 205.. alhamdulillah, kenyang sampai ke malam :-)





Ok tu je la nak cite.. kalau korang nak pegi, memang berbaloi la. aku pun nak pegi lagi tapi tak boleh makan selalu ler.. botak kepala makcik ni.. hehe.. ok bye. wassalam :-)

nak mengadu sikit

Assalamualaikum!!!


Sekarang, diriku sedang melepak2 atas katil sambil menelek2 hp ku ini. Tak dela, bukan tak de keje lain, tapi tengah tunggu cik adik cd's berjoget2 dalam mesin basuh tu.. Boleh dikatakan hari2 kerja aku membasuh kain.. Kalau hari bekerja, aku basuh time weken je. Tapi sekarang kena ada komitmen yg tinggi kalau nak pakai cd. Kalau tak basuh, limited pulak cd utk esok lusa.. Mcm letih je bunyi. Hihi. Tak dela. Semangat2!!!


Alhamdulillah. Aisyah dah lepas ujian sehari di rumah pengasuh.. Isu puting tu, dah settle. Dia xkasi dah budak kecik tu puting. Tadi, lepas susukan dia kenyang2, aku hantar dia berbekalkan 4 kpg cd dan 8 oz susu yg dipecahkan kpd 3 botol. Sikit je kan aisyah minum..


Tu pun sebab aku amik awal, pukul 5 dah amik dia. Aisyah selsema. Sian dia. Aku dah letak kunyit hidup kat hidung dia.. Pernah terbaca bayi berusia 2 tahun ke bawah tak leh pakai vicks. Betul ke? Kalau tak boleh, apa barang yang boleh pakai untuk kes2 sebegini?


Okeyla. Nak gi makan nasi sejuk jap. Pastu berkemas apa yang patut. Kesian bunga aku ada yg dah mati bukan sebab x siram, tapi terlebih air ke apa ntah. X sempat nak tunjuk. Huhu.. Lain kali nak beli bunga yang lasak je la.. Dulu kan aku ada tanam pokok kari, kunyit etc kan, sian pokok tu ntah kemana suami aku buang time aku pantang. Sabo je la. Dah kena ngecek daun jiran :-P


Ok bye. Slmt bekerja semua. Wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

frust sangat...

Assalamualaikum..

Tadi, baru je habis makan nasi. terdengar jiran sebelah a.k.a pengasuh aisyah panggil2 aku. "su, meh datang rumah jap, suprise" ha? cepat2 aku basuh tangan, pebenda pulak yang suprise nya ni.. cuak juga aku..

so, pegi la aku ke rumahnya.. memang surprise sangat.. anak aku hisap puting!!!!!! korang rasa aku suka tak? mesti la tak berapa suka. tak de sejarah anak2 buah aku hisap puting k.. 

ni la budak yang pandai2 hisap puting ni

Aisyah ni memang ada habit. dia suka hisap jari2 dia. bukan ibu jari. jadi, bila time dia tak hisap nenen tu, dia duduk saje2, memang akan terdengar cot cet cot cet dia makan jari.. aqil dulu tak makan tangan dia. tu yang makcik pengasuh tak kasi puting tu kot.. yang ni pulak, pandai pulak nak bergayut. jangan dik, banyak buruk dari baik nya..

Sesampai2 di rumah pengasuh tu, muka aku kalau orang perasan memang pucat bercampur terkejut.. tindakan spontan, terus aku cabut puting dia dan kasi nenen.. laju je dia menenen.. masa aku sampai tu, aku tengok dia tengah sedap menyedut puting sambil air mata dia bergenang2.. tak puas tido kot.. hmm pening kepala ibu ni nak oii.. ingatkan masalah tak nak susu botol, tapi masalah lain pulak yang jadi..

Aku sedih sangat2 la.. rasa macam lemah je badan ni padahal baru makan nasi setimbun :-p adoi la.. en suami seperti biasa menjadi kan aku tukang cakap/ orang tengah. tu yang malas tu. tapi tak pela, untuk kebaikan anak, aku tebal muka je la cakap please, jangan kasi.. kadang tu rasa serba salah pulak, kita minta tolong dia jaga anak kita, pas tu kita plak banyak cekadak.. tapi, anak kita kan? biarla banyak cekadak pong..

Okeyla, nak menyedapkan hati yang lara ni jap.. aisyah aisyah..  ok, bye. wassalam ......

p/s: tadi pagi bekalkan 3 bekas dadih susu perahan, satu dah terkorban sebab dah termasuk air dalam nya time panaskan susu.. makcik pasrah..

car seat, nursery & pengasuh

Assalamualaikum!!!

Selamat pagi semua.. korang keje ke.. hehe. ayat sacarstic betul.. me tentulah belum kerja lagi.. next week hari selasa baru pegi keje. neves pulak nak gi opis balik kan. macam tak reti nak buat keje apa dulu.. Ok, bagi mengurangkan neves nak masuk keje, aku dan aisyah dah pegi  melawat kawan2 opis on that day. sibuk benar acik2 opis nak jumpa aisyah. Tapi tak dapat jumpa nenek di opis, nenek gi kursus pulak. hehe.. Alhamdulillah aisyah tak meragam sepanjang perjalanan ke sana. kebetulan time tido dia. Dah nak dekat sampai baru dia nak tido. sian aisyah ibu kacau aisyah tido ye..

 aisyah dapat car seat.. alhamdulillah!! x payah ibu beli dah.. testing duduk :-)

alololo.. tomeinya dia.. nanti dah boleh duduk betul, kita duduk betul2 atas ni ye sayang..

Tq kawan2 opis yang menyumbangkan hadiah ni untuk aisyah.. aisyah suka, ibu lagi suka.. hehe.. Aisyah ni dalam gambar je nampak besar dan bam bam, tapi luaran dia kecik molek je macam ibu dia.. hehe.. Hari ni, aisyah ibu dah testing hantar pegi rumah pengasuh @ jiran selang sebuah rumah. harap2 aisyah ok kat sana.. akak tu pun dah lama tak jaga baby.. dia jaga anak sedara dia je umur 3 tahun - tapi jaga dari baby le. ni baru first time nak jaga anak orang..

ni gambar aisyah pagi tadi.. pukul 8 lebih aku dah hantar ke rumah pengasuh..

Seperti biasa, 2 beg hantar ke rumah akak tu. satu beg baju dan lampin yang seharusnya tiap2 hari kena pulang balik, satu lagi beg letak alas tilam dan bantal2 dia, tak payah hari2 bawa balik.. Aku bagi akak tu RM 250. Ikutkan akak tu tak reti nak letak harga, dia kata 200-250 je la.. tapi aku bagi la 250, sama macam aqil time baby dulu. tu pun dah kira murah la kan, sebab rata2 aku dengar ada orang amik 300..  bayaran nursery aqil pulak dah kurang dari tahun ke tahun. mula2 280 (8 bulan)---> 250 (2 tahun)----> 230 (3 tahun).. kira nursery ni pun dalam kategori murah juga. Alhamdulillah rezeki anak2. tak kisah la berapa harganya janji dia layan dan jaga baik anak2 ku..

Aqil pulak, hari ni hari ketiga dia ke nursery. tapi tadi pagi, kejutkan dulu dia. kalau main angkat je macam hari tu, meraung2 la dalam kereta sebab tak dapat salam peluk cium ibu dia.. hai aqil.. memang banyak cekadak pagi2.. lepas salam nak cium, pastu nak peluk, jalan setapak lagi nak cium hidung pulak, jalan setapak lagi nak cium adik pulak.. aduyai.. lambat la ayahnya nak gi keje.. huhu.. tapi dia pagi2 je dia nangis, pastu ok dah, ceria je.. Alhamdulillah setakat ni tak de masalah tak pakai pampers di nursery. FYI, aqil dah bebas pampers sejak aku pregnantkan adik dia. bila diingat2 balik, senang je ajar anak2 ni potty train - cait, dah berjaya senang ler, cer tgk time aisyah nanti camana, huhu..

Okeyla, nak masak pulak ni. ntah apa la aku nak masak ari ni. lauk macam cukup2 untuk aku je. hehe. kena beli barang dapur ni. tapi macam malas pulak aku nak keluar. huhu.. ok, babai. wassalam 

Related Posts with Thumbnails